|
Post by Lias on Aug 15, 2005 22:10:54 GMT 8
BOLEH TERANGKAN BERKENAA BONUS TUNAI RM225.00 SEHARI?Ramai yang keliru dengan bonus tunai RM225.00 ini. Saya akan cuba terangkan agar tidak ada yang terkeliru lagi. Bonus tunai hanya akan diberi setelah anda mendapat 12 kad percuma. [ baca: KAD PERCUMA di sini] Jadi disini anda perlulah melengkapkan 12 pasang dahulu. Pasangan yang ke-13 barulah dikira untuk BONUS TUNAI. Jadi jika anda bertanya, adakah bonus kad dan bonus tunai berjalan serentak? Jawapannya adalah tidak. Bonus kad akan berjalan dahulu. Dan selepas yang ke-13, ia akan ditukar kepada bonus tunai. Bonus tunai akan dibayar RM15.00 untuk setiap pasang. Contoh; Jika anda telah ada 15 pasang. 12 pasang yang pertama akan diberikan 12 kad RM30.00 dan bakinya akan dikira 3 X 15 = RM45.00. Inilah dia bonus tunai. Adakah bonus tunai akan anda perolehi RM225.00 sehari setelah anda mendapat 12 pasang?Tidak. Bonus tunai akan dibayar mengikut jumlah ahli baru yang masuk pada hari tersebut sahaja. - Ahad = 3 pasang masuk (bonus: RM45.00)
- Isnin = 10 pasang masuk (bonus: RM150.00)
- Selasa = 2 pasang masuk (bonus: RM30.00)
- Rabu = 0 pasang masuk (bonus: RM0.00)
- Khamis = 1 pasang masuk (bonus: RM15.00)
- Jumaat = 16 pasang masuk (bonus: RM225.00)
Dan begitulah kiraanya setiap hari. Ia dikira dari 12.00 malam sehingga 12 malam berikutnya. Dan pada pukul 1.00 pagi, bonus yang anda perolehi akan dibayar. Bonus tunai boleh anda keluarkan pada bila-bila masa (waktu pejabat). Anda juga boleh gunakan bonus tunai untuk membeli kad atau menaja ahli baru.
|
|
|
Post by sham on Sept 4, 2005 15:03:27 GMT 8
kalau sy ada 2 ahli,sy akan dpt 2 kad prepaid percuma.kalau sy nak beli kad topup,sy kena msukkan duit dalam akaun dan beli dgn harga RM30?xde diskaun?
|
|
|
Post by En. Alias on Sept 4, 2005 21:23:07 GMT 8
kalau sy ada 2 ahli,sy akan dpt 2 kad prepaid percuma.kalau sy nak beli kad topup,sy kena msukkan duit dalam akaun dan beli dgn harga RM30?xde diskaun? Kalau anda ada 2 ahli sebelah kiri, dan yang sebelah kanan tentunya dari autodownline. Anda memang dapat 2 kad free. Dan itu untuk kad free, tak perlu bayar apa-apa lagi. Tapi kalau anda nak kad lagi yang bukan free anda boleh masukkan wang dalam akaun anda di syarikat. Dan boleh beli apa-apa kad. Ini kalau anda nak jual kad atau nak guna sendiri. Kad yang anda beli ada diskaun untuk ahli. Sila klik senarai harga produk . Harga ini adalah untuk harga ahli sahaja. Dan anda boleh jual pada harga pasaran untuk mendapatkan keuntungan. Contoh jika anda membeli Maxis 30, harga diskaun adalah RM28.50. Anda jual pada harga RM30.00 dan anda akan dapat untung RM1.30 (20 sen untuk sms). Jika anda ramai pelanggan dan anda dapat jual 50 kad sehari, maka keuntungan anda adalah 50 X 1.30 = RM65.00 sehari. Jika anda berjaya jual 100 kad sehari, maka untung anda pula 100 X 1.30 = Rm130.00 sehari. Dan jika ia berterusan, iaitu anda dapat jual paling kurang 50 kad sehari. Maka untung anda sehari RM65.00. Seminggu boleh dapat RM455.00 dan sebulan anda boleh ada pendapatan sebanyak RM1,950.00 sebulan. Itu kalau anda jual 1 jenis kad sahaja. Jika anda dapat jual Celcom 30 pula, Maxis 60, Celcom 50 dan kad-kad lain. Lagilah banyak pendapatan yang akan anda perolehi.
|
|
|
Post by muhamad legend on Sept 6, 2005 13:17:24 GMT 8
macammana pula kalau x dpt satu pasang utk sehari? cume dpt 1 orang je... sebelah kaki je?
|
|
|
Post by En. Alias on Sept 7, 2005 17:17:45 GMT 8
macammana pula kalau x dpt satu pasang utk sehari? cume dpt 1 orang je... sebelah kaki je? Kalau tiada pasangan yang lengkap pada hari tersebut, tetapi hanya dapat 1 sahaja sebelah kiri. Maka tidak ada apa-apa bonus yang akan dibayar oleh syarikat. Namun apabila esoknya, dapat juga 1 orang dan kita letak sebelah kanan. Maka sekarang dah ada 1 di kiri (hari semalam) dan 1 di kanan (hari ini). Maka kita telah layak mendapat 1 pasang = 1 kad percuma.
|
|
|
Post by Hana on Sept 23, 2005 9:30:09 GMT 8
kata ada autodownline? so, bila dapat 1 sebelah kiri, bukankah dapat satu autodownlie sebelah kanan? dan kita layak dapat 1 kad percuma?
|
|
|
Post by En. Alias on Oct 1, 2005 17:32:07 GMT 8
kata ada autodownline? so, bila dapat 1 sebelah kiri, bukankah dapat satu autodownlie sebelah kanan? dan kita layak dapat 1 kad percuma? Ya autodownline kami beri sebelah kanan ahli. Kalau ahli dapat cari seorang di sebelah kiri, kira dah dapat 1 kad dah. Ada sebahagian ahli yang tidak mencari walaupun dah ada ramai di sebelah kanan dia. Ahli tak akan dapat kad sebab tak lengkap pasangannya.
|
|
|
Post by ganiey on Oct 22, 2005 14:43:54 GMT 8
akum?sekiranya hari ini saya dapat 17 pasang yang masuk.bagaimana pembayaran pasang yang ke-17dibuat.Adakah saya dapat setiap hari bonus raja
|
|
|
Post by En. Alias on Dec 4, 2005 7:32:17 GMT 8
akum?sekiranya hari ini saya dapat 17 pasang yang masuk.bagaimana pembayaran pasang yang ke-17dibuat.Adakah saya dapat setiap hari bonus raja Waalaikumussalam. Okey, jika anda mendapat 17 pasang selepas anda menjadi ahli, maka anda telah berjaya untuk mendapatkan 2 bonus. Iaitu bonus KAD PERCUMA dan BONUS RAJA. Bonus kad percuma = anda telah layak mendapatkan 12 kad setiap satu bernilai RM30.00. Ini untuk 12 pasang yang pertama. Dan baki dari 17 pasang (17-12=5) iaitu 5 pasang lagi akan dimasukkan ke dalam BONUS RAJA. BONUS RAJA anda adalah 5 X RM15 = RM75.00. Anda boleh ambil bila-bila masa, dan anda juga boleh gunakan untuk membeli kad. Ini adalah satu kekeliruan yang selalu berlaku. Ramai yang mengandaikan jika telah mempunyai 16 pasang, maka dia akan mendapat bonus RM225 setiap hari. Tidak, bonus hanya akan dibayar mengikut jumlah pasangan yang ada setiap hari. Contoh; Ahad - 16 pasang mendaftar Isnin - 10pasang mendaftar Selasa - 3 pasang mendaftar Rabu - 16 pasang mendaftar Khamis - 21 pasang mendaftar Jumaat - 18 pasang mendaftar Sabtu - 35 pasang mendaftar Di sini, bonus akan dibayar seperti berikut; Ahad - RM225 Isnin - RM150 Selasa - RM45 Rabu - RM225 Khamis - RM225 Jumaat - RM225 Sabtu - RM225 Kesimpulannya, walaupun anda telah mendapat 16 pasang, tetapi keesokkan harinya tiada ahli baru yang mendaftar, anda tidak akan mendapat APA-APA BONUS. Anda hanya akan dapat jika hari esoknya ada KEMASUKKAN AHLI BARU. Contoh di atas, hanya pada hari Ahad, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu sahaja anda mendapat RM225 secara berterusan. Ini kerana jumlah pasangan yang mendaftar melebihi 16 pasang.
|
|