askum??saya nk tanya sikit..ada kawan2 saya cakap raja prepaid ni gunakan sistam binary...betul ker??
Dalam sistem perniagaan RAJAPREPAID ada beberapa sistem yang diguna pakai.
BONUS JUALAN KAD menggunakan sistem UNILEVEL.
Dalam sistem unilevel, pangkat adalah diperlukan untuk mendapatkan bonus. Dan ahli perlu mempunyai sejumlah downline untuk mendapatkan pangkat tersebut. Ia dipanggil AGENCY BONUS dalam RAJAPREPAID.
Ahli juga perlu MAINTAIN BULANAN untuk mendapatkan bonus dalam sistem unilevel ini. Dan mata PV boleh disemak selepas ahli login ke akaun masing-masing.
Dan, dalam sistem ini juga, bonus ahli dikira untuk beberapa peringkat. Ia dipanggil SUPER 7. Dari peringkat (level) pertama sehingga ke peringkat ke 7 akan dibayar mengikut jumlah mata PV yang berjaya dikumpul oleh ahli.
Namun, ramai ahli yang tidak layak untuk mendapatkan BONUS UNILEVEL ini kerana, jumlah downline tidak mencukupi untuk mendapatkan pangkat. Jumlah maintainan bulanan tidak mencukupi untuk layak mendapat bonus.
Oleh itu, ramai ahli yang lebih berminat untuk BONUS PENAJAAN yang menggunakan sistem binari. Ahli lebih mudah mendapatkan bonus dalam sistem ini.
Ia terdapat 2 bonus, iaitu FAST START dan BONUS RAJA. Ramai ahli juga lebih menekankan kepada bonus dalam sistem binari ini dari bonus dalam sistem unilevel.
-----------------------------------------------------
PERHATIAN!
-----------------------------------------------------
Ramai ahli yang terkeliru dengan kedua-dua sistem ini. Perlu diperhatikan, syarikat menawarkan 2 perniagaan di dalam RAJAPREPAID.
1) Menjual kad.
2) Menjual server.
Setiap ahli boleh melakukan kedua-dua perniagaan ini serentak selepas menjadi ahli. Dan setiap ahli boleh mendapatkan kedua-dua bonus serentak dengan syarat-syarat tertentu.
Ahli boleh MENJUAL KAD sahaja tanpa perlu menjual server. Ahli juga boleh MENJUAL SERVER sahaja tanpa perlu menjual kad. Ia terpulang kepada ahli itu sendiri.
Jika dia berjaya menjual kad, ada bonus yang akan diberikan kepadanya. Dan begitu juga, jika dia berjaya menjual server, ada bonus yang akan diberikan kepadanya.
Sila rujuk ke lamanweb Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna untuk rujukan.
Lihat no 202. MSPC System Sdn. Bhd.
www.kpdnhep.gov.my/index.cgi?action=pub&pub=Senarai_Penuh_Syarikat_Jualan_Langsung_sah