|
Post by Kamarul on Jul 24, 2005 21:22:22 GMT 8
Saya berminat nak ikut group en aliasak. Tapi tak tau nak masukkan duit kat akaun mana? Semua yang ada kat depan rajaprepaid.biz tu akaun en. aliasak ke?
|
|
|
Post by En. Alias on Jul 24, 2005 21:47:43 GMT 8
No akaun MAYBANK, BSN dan AFFIN BANK sahaja yang saya punya. Lain-lain tu syarikat punya. Anda boleh bank in ke akaun syarikat atau ke akaun ajen. Tidak ada masalah. No akaun syarikat; APA BEZA AKAUN SYARIKAT DENGAN AKAUN EN ALIASAK?Ramai yang bertanya berkenaan masalah ini. Saya cuba terangakan. Jika anda masukkan ke akaun syarikat, saya tidak boleh semak adakah wang telah benar-benar masuk atau belum. Untuk mengetahui adakah benar anda telah masukkan wang tersebut, saya perlukan maklumat TARIKH, MASA, JUMLAH, LOKASI dari anda. Selepas anda berikan saya maklumat di atas, saya akan hubungi pihak syarikat untuk pengesahan butiran bank di atas. Urusan ini akan mengambil masa 3-4 jam pada hari bekerja. Jika anda bank in selepas jam 5 petang, pengesahan hanya boleh dibuat esok harinya jam 11 pagi. Jika waktu cuti, anda perlu tunggu sehingga hari bekerja. Ini menyebabkan sebahagian ahli tidak dapat menunggu sehingga 3-4 jam atau sehari. Oleh itu, untuk mendaftar segera, ahli baru boleh bank in terus ke akaun saya. Dan saya akan semak serta merta melalui internet (maybank2u) atau ke mesin ATM (BSN). Dan pengesahan boleh dibuat segera dan anda akan terus di daftarkan sebagai ahli. Bagaimana anda boleh mendaftar sedangkan wang belum sampai ke pejabat?Ini memang boleh berlaku. Kerana saya telah mempunyai wang dalam RM300 - RM500 di syarikat. Jadi selepas saya mengaktifkan akaun ahli baru, secara serta-merta server akan tolak RM99.00 dari akaun saya untuk mengaktifkan akaun ahli baru tadi. Okey, saya harap ia jelas.
|
|
|
Post by aikam26 on Jul 28, 2005 12:03:41 GMT 8
dimana saya dapat kad pon fizikal di tawau sabah
|
|
|
Post by Lias on Aug 15, 2005 19:54:20 GMT 8
Buat sementara, kad fizikal hanya boleh di dapati di PUDU dan SUBANG sahaja. Juga di MUAR dimana cawangan baru telah dibuka pada bulan ini.
|
|
|
Post by patricia on Aug 18, 2005 14:07:56 GMT 8
en alias kata cawangan cuma ada dekat semenanjung? Jadi macamana dengan ahli-ahli dekat Sabah Sarawak?? Dimana kami nak ambil kad??
|
|
|
Post by En. Alias on Aug 18, 2005 17:35:44 GMT 8
Bagi ahli di Sabah dan Sarawak tidak ada masalah. Kerana sistem kami menerima pendaftaran melalui SMS dan Internet. Juga pembelian kad boleh dilakkukan melalui SMS dan Internet. Jadi tidak ada masalah jika tempat anda berjauhan dengan syarikat.
Hanya jika berdekatan, anda boleh mendaftar melalui kaunter dan anda juga boleh tambah akaun terus di kaunter tanpa perlu ke bank. Dan anda juga boleh mendapatkan kad secara FIZIKAL terus di kaunter.
Usah bimbang, kerana ribuan dari ajen kami berada jauh dari syarikat dan sebagian besar tidak pernah pun sampai ke syarikat.
|
|
|
Post by eeah on Aug 19, 2005 9:01:11 GMT 8
en.alias. sekiranya saya sudah menjadi alhi, berapa wang yang sepatutnya saya ada dalam akaun syarikat untuk menjalankan perniagaan prepaid ini. boleh tak say menaja downline secara ofline sedangkan saya ada web percuma.
|
|
|
Post by Lias on Aug 19, 2005 21:10:13 GMT 8
Tidak ada syarat wang perlu ada dalam akaun tunai kita. Ia tidak seperti syarikat lain yang mensyaratkan ahli perlu ada sejumlah wang di dalam akaun masing-masing.
Hanya jika anda tidak wang dalam akaun, anda tidak boleh membuat pembelian. Tetapi bonus anda tetap berjalan sekiranya ada pasangan.
Syarikat juga tidak menghadkan berapa jumlah minima perlu anda bank in ke akaun syarikat. Anda berhak menentukan jumlah anda sendiri. Nak masukkan RM1.00 sahaja pun boleh.
Begitu juga, jika bonus tunai anda telah banyak. Anda juga boleh mengeluarkan seberapa banyak yang anda mahu atau seberapa sikit yang anda mahu. Terpulang kepada anda.
Syarikat memberikan kebebasan kepada ahli untuk bank in berapa sahaja. Ini satu peluang bagi anda yang munkin sukar untuk bank in RM100 sekaligus. Sedangkan anda cuma mahu membeli kad RM10.00 sahaja.
Okey.
|
|
|
Post by intan on Sept 5, 2005 17:12:43 GMT 8
apa no akaun yang perlu saya bank in kan tu
|
|
|
Post by En. Alias on Sept 5, 2005 19:47:29 GMT 8
apa no akaun yang perlu saya bank in kan tu Bank in RM99 ke akaun Maybank 1140-2185-1649 atas nama ALIASAK MARZUKI. Dan selepas bank in sila smskan NAMA, NO IC, ALAMAT, TARIKH, MASA, JUMLAH BANK IN ke 012-7595763. Dan selepas pengesahan bank in, anda akan didaftarkan sebagai ahli RAJAPREPAID. NO ID dan PASSWORD akan dihantar terus ke telefon bimbit anda. Lamanweb PERCUMA akan diberikan dalam masa 7-21 hari selepas pendaftaran.
|
|
|
Post by dtecconan on Sept 18, 2005 2:46:43 GMT 8
Adakah akaun tu automatik akan dibuka jika saya jadi ahli? Kalau saya nak daftarkan ahli baru, adakah saya perlu berhubung dengan anda atau saya boleh terus mendaftarkan ahli sendiri? Kalau saya boleh mendaftar ahli sendiri, adakah RM 99 tu akan di tolak dari akaun saya atau kredit saya? Bagaimana pula cara untuk saya mendapatkan wang saya dari bonus dan sebagainya?
|
|
|
Post by En. Alias on Sept 18, 2005 16:00:48 GMT 8
Adakah akaun tu automatik akan dibuka jika saya jadi ahli? Kalau saya nak daftarkan ahli baru, adakah saya perlu berhubung dengan anda atau saya boleh terus mendaftarkan ahli sendiri? Kalau saya boleh mendaftar ahli sendiri, adakah RM 99 tu akan di tolak dari akaun saya atau kredit saya? Bagaimana pula cara untuk saya mendapatkan wang saya dari bonus dan sebagainya? 1. Selepas anda menjadi ahli, akaun anda secara automatik akan dibuka di syarikat. Semua maklumat masuk dan keluar wang akaun anda boleh dilihat online. 2. Jika anda ingin mendaftarkan ahli baru, anda boleh berhubung terus dengan syarikat. Ini kerana anda juga adalah ajen dan anda layak mendaftarkan ahli baru. 3. Jika anda mendaftarkan ahli baru, RM99 akan ditolak dari akaun anda di syarikat. Ini kerana anda adalah penaja ahli baru tersebut. Dan ahli baru akan memberikan anda RM99. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM99 di dalam akaun anda sebelum anda boleh mendaftarkan ahli baru. Bayaran RM99 yang anda bayar ketika mendaftar bukanlah tersimpan di dalam akaun anda, tetapi ia adalah bayaran sewaan. Dan anda perlu bank in dahulu RM99 sebelum mengaktifkan ahli baru. 4. Wang bonus anda boleh anda keluarkan pada bila-bila masa. Iaitu melalui kaunter - berikan IC anda dan anda akan dapat wang anda serta merta. Atau anda boleh memohon melalui SMS atau LAMANWEB. Berikan NO AKAUN BANK anda (semua bank utama di Malaysia diterima) dan proses akan mengambil masa 1 hari.
|
|