|
Post by yusnita on Jul 24, 2005 21:20:26 GMT 8
Saya nak tanya, adakah syarikat ini syarikat yang sama dengan empireict. Saya telah join pelan rakyat sebelum ini.
Cuma inginkan kepastian sahaja. TQ.
|
|
|
Post by En. Alias on Jul 24, 2005 21:34:52 GMT 8
Ya, ia adalah syarikat yang sama.
Cuma ini adalah produk baru yang dilancarkan pada 15 Jun 2005 yang lalu.
Dan sambutan untuk produk ini amat menggalakkan. Produk lain masih berjalan dan masih ada. Cuma sambutan tidak sehabat pelan yang baru ini.
TQ.
|
|
|
Post by eusahawan on Aug 5, 2005 0:44:15 GMT 8
nak tanya... 1. dah berapa kali eict ni tukar plan......? 2. ada kawan cakap.... sistem binary ni macam sistem piramid....apa komen anda? 3. saya pernah join mlm yg guna sistem yg sama (binary).... tapi tak lama kemudian syarikat tutup....so, adakah kemungkinan perkara yg sama akan berlaku kepada eict ni? 4. selain dr prepaid kad..... ada jual produk lain tak? 5. Saya nak buka brand di ipoh..... bagaimana?
sila emel saya di azlalchedin@yahoo.com TQ
|
|
|
Post by Lias on Aug 5, 2005 13:32:00 GMT 8
Terima kasih kerana bertanya, saya cuba menjawabnya.
1. dah berapa kali eict ni tukar plan......? Syarikat tidak tukar plan. Tetapi syarikat buka plan yang baru. 1. Plan PRO 2002 2. Plan MINI 2003 3. Plan RAKYAT 2004 4. RAJAPREPAID 2005
Dan semua plan masih berjalan seperti biasa. Ahli dalam plan lama, masih boleh berurusan dan masih boleh menaja ahli baru. Mereka juga akan mendapat kembali semua bonus yang pernah mereka dapat sebelum ini. Semua ahli plan lama, kebanyakkannya telah duduk goyang kaki, sebab pendapatan mereka telah berulang untuk tahun kedua tanpa perlu menaja lagi.
Salahkah jika syarikat mengeluarkan produk/plan baru? Ini kerana pelanggan ada bermacam-macam jenis. Kalau tak nak plan A, boleh pilih 3 lagi plan yang lain.
2. ada kawan cakap.... sistem binary ni macam sistem piramid....apa komen anda? Memang hampir seperti PIRAMID tetapi masih bukan PIRAMID.
PIRAMID=Dibayar sehingga infiniti (tiada had). Selagi dia downline anda, anda akan dapat. RAJAPREPAID=Dibayar maksima RM225.00 sahaja sehari. Dan maksima RM30,000.00 sahaja setahun untuk 1 lot.
PIRAMID=Bayar sekali, dan dapat untuk seumur hidup selagi ada downline masuk. RAJAPREPAID=Ahli perlu melanggan perkhidmatan setiap tahun untuk melayakkan bonus.
PIRAMID=Tiada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.RAJAPREPAID=Menawarkan perkhidmatan sewa server untuk jual beli prepaid kad.
3. saya pernah join mlm yg guna sistem yg sama (binary).... tapi tak lama kemudian syarikat tutup....so, adakah kemungkinan perkara yg sama akan berlaku kepada eict ni? Kita tidak boleh menjangkakan masa hadapan. Tetapi apa yang boleh kami jaminkan.
1) Syarikat dan kukuh sejak 1996 lagi. Ini kerana syarikat tidak bergantung penuh pada prepaid sahaja.
2) Syarikat mempunyai modal berterusan. Ini berbeza dengan kebanyakkan system binari lain. Sebahagiannya mensyaratkan ahli membayar sekali sahaja seumur hidup. Memang syarikat boleh bayar bonus untuk tahun tersebut. Tetapi pada tahun kedua, syarikat mungkin ada lebihan keuntungan untuk membayar bonus tahun kedua. Tetapi selepas 3-5 tahun, modal yang ahli bayar sekali sahaja telah habis. Tetapi bonus pula perlu dibayar setiap tahun.
Kami pula mensyaratkan ahli perlu memperbaharui langganan setiap tahun, sebab kami akan bayar bonus juga setiap tahun.
Syarikat juga menghadkan bayaran bonus sehingga RM30,000.00 sahaja. Ini bagi mengelakkan lebihan bayaran kepada ahli.
Syarikat juga menghadkan pengambilan KAD PERCUMA (bonus pertama) 1 sahaja setiap bulan. Dengan ini, syarikat tidak akan kehilangan modal awal jika perkembangan downline berlaku terlalu cepat. Ini yang biasanya berlaku, syarikat belum bersedia dengan ledakkan tersebut. Tetapi kami, tidak akan mengalami masalah tersebut. Jika berlaku ledakkan downlien sekalipun, kami telah bersedia dengan BONUS FAST START KAD PERCUMA.
4. selain dr prepaid kad..... ada jual produk lain tak? Diawal dulu, syarikat menjual komputer. Dan terbaru, syarikat menjual telefon bimbit. Syarikat juga ada MLM makanan kesihatan.
Dan yang baru dilancarkan kamera digital dan video digital bersama-sama pelan yang baru ini.
5. Saya nak buka brand di ipoh..... bagaimana? Nak buka cawangan perlu modal RM50,000.00 sekurang-kurangnya sebulan.
Tapi kalau nak jadi GIRO mungkin murah sikit.
sila emel saya di azlalchedin@yahoo.com TQ
|
|
|
Post by zai on Aug 11, 2006 10:15:03 GMT 8
apa beza sayrikat empireict dgn mspc? boleh kasi die punye official website x
|
|