ADA SESETENGAH PIHAK MENGATAKAN YURAN SEVER RM99 ITU..SEPATOT NYA FREE ,GUNA SEVER TAK PERLU BAYAR BETOL KE..? TOLONG JELASKAN PENGGUNAAN SISTEM SEVER NI...
Terima kasih kerana bertanya.
Sebuah server adalah bernilai RM400,000.00 dan syarikat mempunyai 4 buah server. Dan bagi kita mungkin tidak mampu untuk memiliki server sendiri seperti itu. Dan sebahagian kita hanya mampu untuk memiliki mesin (yg disambung ke server) sahaja. Mesin ini harganya tidak sampai RM2,000.00 dan mampu dibeli oleh pekedai-pekedai prepaid.
Mengapa kita perlu menyewa atau membeli server atau membeli mesin prepaid tersebut? Ini kerana melalui mesin tersebut kita boleh memperolehi stok prepaid kad dari server yang menyimpannya.
Dan kini, syarikat ini telah memberi kemudahan kepada mana-mana ahli yang berminat untuk berniaga tanpa perlu membeli mesin dan sebarang peralatan lain. Hanya mereka perlu menyambung telefon bimbit mereka kepada server syarikat. Dan syarikat akan memberikan akses laluan ke server yang menyimpan stok tanpa had semua prepaid kad.
Berbalik kepada persoalan tadi, mengapa penggunaan server perlu dibayar? Perlukah saya menjawab persoalan tersebut.
Saya boleh bertanya kepada anda, mengapa kita perlu bayar jika kita menggunakan tandas awam? Bukankah itu tidak logik. Nak membuang pun kena bayar juga?
Dan mengapa DBKL mengenakan bayaran untuk tempat letak kereta? Dan mengapa pula laluan lebuhraya perlu berbayar? Mengapa pula cukai pintu dan cukai tanah dikenakan kepada kita. Sedangkan rumah kita yang buat sendiri. Tanah juga kita punya. Mengapa kerajaan pandai-pandai mengenakan cukai tanah yang sudah tentu bukan milik kerajaan. Dan jika anda di KUALA LUMPUR & SELANGOR, tandas dirumah anda juga perlu anda bayar kepada INDAHWATER. Apa yang indahwater buat? Adakah dia yang mencuci tandas di rumah anda? Adakah dia yang membina tandas dirumah anda sebelum ini?
Jawapan kepada semua soalan tadi adalah begitu mudah. Antaranya;
a) Ia bukan milik kita.
b) Kos untuk menyelia.
c) Kos untuk memperbaiki kerosakkan.
d) Kos penambahbaikkan dan sebagainya.
Ya, tidak dinafikan sebahagian syarikat memberikan kemudahan PERCUMA kepada ahlinya untuk mengakses server syarikat mereka. Itu terpulang kepada mereka. Mereka sanggup menanggung KOS RIBUAN RINGGIT itu untuk ahli mereka.
Dan jika anda perhatikan, sebahagian dari syarikat tersebut akan mula mengubah sistem dengan menaikkan yuran tertentu dan sebagainya. Ini kerana untuk menampung kos tersebut. Saya tidak dapat menjangkakan sampai bila ia mampu bertahan.
Siapa yang akan bayar, jika server rosak dan perlu dibaiki? Siapa akan bayar jika syarikat perlu mengantikan server tersebut kepada yang lebih baik. Siapa yang perlu bayar untuk petugas-petugas yang mengendalikan server 24 jam tersebut?
Okey, saya ingin bertanya pula. Anda mempunyai telefon dirumah. Adakah telekom malaysia mengenakan bayaran untuk sewaan setiap bulan? Jawapannya adalah ya. Samada anda gunakan atau tidak, anda tetap perlu membayar yuran bulanan yang sekurang-kurangnya RM20.00.
Anda tetap bayar, walaupun tak guna. Anda tetap biarkan telefon tersebut berfungsi walaupun dan ada telefon bimbit. Mengapa? Perlukah kita bayar sambungan tersebut?
Ia. Kita perlu bayar sewa tersebut. Ini kerana ia bukan kita punya. Dan syarikat tersebut perlu bayar gaji pekerja yang menjaga talian tersebut 24 jam. Syarikat tersebut juga perlu bayar kos untuk memperbaiki segala kerosakaan tersebut.
Dan jika anda perhatikan. Anda mempunyai 2 telefon bimbit. Satu pakai prepaid dan satu pakai line. Pernahkah anda terfikir, apa beza antara kedua-dua talian tersebut?
a) Prepaid - tiada yuran bulanan.
b) Postpaid - perlu bayar sewa bulanan.
Mengapa postpaid tersebut perlu ada yuran bulanan. Ini sebenarnya tidak adil kepada pengguna postpaid (line) tersebut yang sepatutnya boleh dapat percuma seperti pengguna prepaid.
Jawapannya, anda sebenarnya telah berjaya dikelirukan oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Kedua-dua talian adalah perlu dibayar sewaannya. Samaada postpaid atau prepaid.
Namun, bagi pengguna prepaid bayaran tidak dijelaskan secara langsung. Tetapi bayaran tersebut telah anda jelaskan SECARA TIDAK LANGSUNG. Anda lihat perbezaan KOS untuk panggilan antara kedua-dua talian.
Kos panggilan dan sms bagi prepaid adalah lebih tinggi berbanding kos untuk postpaid. Ini kerana ia telah termasuk sekali yuran sewaan yang disembunyikan secara tidak langsung.
------------------------
Apa yang saya ingin jelaskan disini, syarikat ini telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi usahawan melalui cara yang telah ditetapkan oleh syarikat. Tiada paksaan jika anda rasa cara ini tidak sesuai untuk anda.
Namun jika anda ingin mencuba, ia adalah satu peluang yang cukup mudah. Kos hanyalah RM8.25 sahaja sebulan.
Berapa anda bayar bil air anda setiap bulan? Berapa anda bayar bil api anda setiap bulan? Berapa anda bayar untuk kegunaan prepaid kad setiap bulan? Berapa kos untuk rokok anda setiap bulan?
Jika anda berminat untuk mencuba satu perniagaan mudah dan anda MASIH ADA BAKI WANG RM8.25 SEBULAN selepas tolak semua perbelanjaan anda. Anda perlu menyertai kami.
Hanya RM8.25 sahaja sebulan. Dan dalam sebulan anda cuba mulakan perniagaan ini dengan telefon bimbit anda yang sedia ada. Tidak perlu kos tambahan lain lagi.
Mulakan hanya dari serendah RM8.25 sahaja. Ingat, ini hanya jika anda mahu sahaja. Jika tidak, kami tidak memaksa. Anda boleh laburkan duit anda untuk perkara yang lebih berfaedah lagi.
Dari RM8.25 SEBULAN, anda boleh menjana 12 kad RM30 setahun.
Dari RM8.25 SEBULAN, anda boleh menjana TUNAI RM240.00 SEHARI.
Dari RM8.25 SEBULAN, anda boleh menjana RM30,000.00 SETAHUN.
"Janganlah hanya memandang ke tangga, tetapi mulalah melangkah anak tangga pertama. Anda pasti boleh sampai ke puncaknya"