|
Post by aie on Aug 22, 2005 12:48:52 GMT 8
sebagaimana yang kita tahu, kerajaan akan start mendaftarkan semua kad prepaid (sim dan airtime).
Soalan saya, apa tindakan syarikat untuk menurut peraturan baru ini. Kita kena daftarkan dalam web ke atau kena hantar borang ke syarikat ke atau apa2 tindakan?
Maknanya lepas nih kena buat xtra work lah sedikit untuk mendaftarkan ahli baru atau untuk dapatkan kad prepaid.
|
|
|
Post by En. Alias on Aug 22, 2005 13:00:14 GMT 8
sebagaimana yang kita tahu, kerajaan akan start mendaftarkan semua kad prepaid (sim dan airtime). Soalan saya, apa tindakan syarikat untuk menurut peraturan baru ini. Kita kena daftarkan dalam web ke atau kena hantar borang ke syarikat ke atau apa2 tindakan? Maknanya lepas nih kena buat xtra work lah sedikit untuk mendaftarkan ahli baru atau untuk dapatkan kad prepaid. Bagus, satu soalan yang baik. Kita sedia maklum, kerajaan sedang mencari idea bagaimana untuk mendaftarkan semua pengguna prepaid. Dan pengguna prepaid tidak berdaftar sekarang berjumlah 13 juta orang. 13 juta! Banyak tu... Jadi apakah langkah terbaik yang boleh pihak kerajaan lakukan untuk mendaftar mereka ini yang kebanyakkannya memang tak nak mendaftar. Sedangkan nak suruh daftar MYKAD baru pun punyalah liat. Nak suruh daftar prepaid? Itu adalah salah satu masalah besar yang kerajaan hadapi. Buat masa ini kita juga tidak tahu bagaimana cara kerajaan nak daftarkan mereka. Dan kerajaan telah mengarahkan (beri kuasa) pada syarikat telekomunikasi untuk menjalankan perkara tersebut. Buat masa sekarang, baru bermula di MELAKA dan PULAU PINANG. Saya pun tak pasti apa cara yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Bagi syarikat MSPC Sdn. Bhd, atau rajaprepaid. Ia sebenarnya tidak terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran pelanggan prepaid. Syarikat rajaprepaid hanya mengikut arahan dari syarikat telekomunikasi negara. Kita hanya menunggu. Satu idea yang diketengahkan supaya semua pengguna prepaid terdaftar tanpa terkecuali adalah menyekat penggunaan prepaid kad tersebut. Dan ini hanya boleh dilakukan oleh syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom dan DiGi sahaja. Syarikat MSPC atau rajaprepaid tidak boleh menghalang pengguna prepaid tersebut. Kami hanya menjual kad yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi dan bukan mengeluarkan kad kami sendiri. Jika ia dilakukan, memang semua pengguna prepaid boleh di daftarkan tanpa dikelualikan. Kerajaan boleh memberi masa 3 bulan dari sekarang, semua pengguna prepaid hendaklah menghantar salinan ic kepada center masing-masing atau pos ke alamat Maxis, Celcom dan DiGi. Dan selepas 3 bulan, sesiapa yang masih tidak menghantar salinan IC, no mereka akan ditahan. Bila mereka nak tambah nilai, ia tidak akan berjaya. Tetapi mahukan syarikat telekomunikasi menyekat no ahli masing-masing. Jika dia sekat ALI, dan ali tidak dapat nak topup prepaid 014 dia.... tidakkah dia akan lari ke no lain 018 pula... Dan jika begini, tidakkah syarikat 014 tadi akan rugi? Itulah sebabnya syarikat telekomunikasi perlu fikir 2 kali sebelum membuat keputusan menyekat pelanggan mereka. Kalau mereka mahu, hari ini juga mereka boleh sekat no kita semua. Dan dia boleh hantar SMS ke semua pelanggan mereka dan minta semua pelanggan menghantar sms NAMA, IC, ALAMAT, PEKERJAAN, STATUS dan sebagainya ke server 012-013-016. Selagi pengguna tak hantar, selagi itu tidak boleh call. Betul tak?
|
|