|
Post by Lias on Aug 15, 2005 22:08:42 GMT 8
APAKAH SYARAT UNTUK MENDAPATKAN KAD PERCUMA?
Untuk mendapatkan kad percuma, anda perlu mempunyai sepasang downline. Ini bermakna, untuk permulaan anda perlulah menaja A dan B dibawah anda. 1 kad percuma bernilai RM30.00 akan menjadi milik anda setelah anda mempunyai A dan B.
Susunan A dan B mestilah 1 di sebelah kanan dan 1 di sebelah kiri. Jika A dan B kedua-duanya berada di sebelah kanan anda, maka ia tidak dikira sepasang.
Syarat sepasang mestilah 1 kanan dan 1 kiri. Ia mestilah seimbang. Jika kanan anda ada 10 ahli dan kiri ada 5 ahli. Maka jumlah pasangan yang dikira hanyalah 5 sahaja. Iaitu 5 di kiri dan 5 di kanan. Baki 5 lagi di kanan tidak dikira kerana tidak lengkap untuk digandingkan dengan sebelah kiri.
Tiada syarat siapa yang menaja downline anda tersebut. Sekiranya A dan B bukan anda yang taja. Iaitu ia ditaja oleh Upline anda, anda tetap akan mendapat 1 kad percuma.
Maksima kad percuma adalah sehingga 12 kad sahaja. Pasangan yang ke-13 tidak akan diberikan kad lagi, tetapi akan digantikan dengan wang bernilai RM15.00.
|
|